Ahad, 15 Mei 2011

andai hari ini seperti semalam...

aku telah mencari dan mencuba untuk mendapatkan kenangan yang semalam namun hari ini masih tidak ku temui... orang kata yang semalam itu telah menjadi sejarah tetapi aku masih boleh mengubah sejarah itu pada hari ini tapi semua itu takkan berlaku kerana aku tidak menemui apa yang telah berlaku semalam... hati ini sering kali berkata " andai hari ini seperti semalam" ...

penghibur hatiku kau takkan pernah mengerti apa yang terjadi semalam tetapi aku sentiasa merindui hari semalam... entah esok aku akan menemui sejarah yang telah ku tuliskan semalam.. kita manusia biasa sahaja penentunya adalah yang Maha Agung.. peluang dan harapan untuk mengecapi saat semalam adalah kehendak-Nya... kita hanya sentiasa berharap untuk mendapatkan hari semalam yang indah...

jarang sekali aku menemui orang yang mengecapi hari ini seperti hari semalamnya kerana mungkin pengalaman yang baru akan muncul pada hari ini.. pengalaman semalam cuba mendewasakan aku tetapi pengalaman hari ini telah memberikan kenangan untuk esok... hari ini dan semalam mendewasakan aku secara tidak langsung... kau atau aku yang tidak mengerti akan dewasanya aku... aku telah cuba menjadi seorang yang dewasa kerana kau yang telah mengajarku...

aku bersyukur kepada yang Maha Esa kerana nafas yang telah dipinjamkan untuk menemui kau wahai sejarah... kata-kata orang sentiasa bermain dalam pemikiran yang cetek dan jengkel ini tapi semuanya aku analisis supaya aku menjadi matang dan dewasa...

aku bersyukur kerana masih ada hari ini, esok dan semalam.... sejarah tidak akan mengecewakan kita tetapi kita yang akan mengecewakan diri kita.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan