Isnin, 30 September 2013

:: habuk dan terus bersawang ::

terus berhabuk bersawang blog ni . jarang dilihat di kosek dek kesibukan harian . Alhamdulillah tinggal 1 bulan lebih ja lagi nak meninggalkan dunia pelajar . perasaan biarkan saja ia berbaur-baur . kenangan dibawa pulang . selamat tinggal .

#kembalisemulamenjadidiriini

Jumaat, 4 Januari 2013

:: 2013 ::

saat aku menulis ini merupakan hari ke-4 bagi tahun masihi 2013 . tahun ini mendatangkan seribu satu makna yang amat bereerti dalam hidup yang menjangkau umur 23 tahun . tahun ini juga merupakan tahun terakhir untuk aku berada di bumi jelapang padi . 

tika ini hujan terus membasahi bumi yang bertuah ini . rahmat tuhan jangan dirungut kelak ditarik dirungut juga . sebenarnya itu lah fitrah seorang manusia , tidak pernah berasa cukup dengan apa yang ada . bagi aku syukur itu adalah lebih baik . jika tidak kerana hujan bagaimana untuk rumput menjadi hijau yang bisa menyejukkan mata memerhati . ah sejuk!! syukur tak perlukan salji .

dalam menjalani kehidupan tahun 2013 ini banyak perkara yang perlu di lalui . ada yang mudah dan ada yang mampu menggetarkan adrenalin seorang lelaki . selangkah demi selangkah aku akan menghabiskan pengajian dalam bidang perguruan . ku akui bukan mudah untuk menghabiskan sisa-sisa perjalanan ini .  menempuh sebuah perjalanan seperti air sungai yang mengalir penuh liku-liku yang perlu di lalui namun dilalui tanpa menghirau asakan yang menunggu . 

genggam bara api biar sampai jadi arang .

sekian , salam 2013
tamat riwayat 01:26 .


# tiada azam baharu untuk tahun ni, dahulu seorang sekarang berdua esok lusa bertiga.                                             

Selasa, 25 September 2012

.:: kosek - kosek ::.

susah betul la aku nk update blog ni . nama blog pun aku da tukar . bukan apa saja ja . dalam tahun ni banyak suka dan duka dah aku lalui . makin mencapai usia yang orang tua kata sampai seru makin banyak pulak cabaran yang perlu di hadapi . adoinyerponterber bak kata Johan .

dalam tahun ni dah 2 kali aku menjalani praktikum @ mengajar di sekolah . yang paling latest bulan 8 yang lalu . kali ni lama sikit . 2 bulan . dalam masa ni banyak benda yang aku belajar . bnyak pengalaman manusia bergelar cikgu yng telah aku dengari . sesungguhnya menjadi seorang guru bukan mudah . banyak benda yang perlu dihadapi dan ditempuhi terutamanya sikap budak zaman sekarang ni .

dalam masa 2 bulan ni juga aku dah makin banyak berfikir dan cuba - cuba mengintai masa depan yang penuh dengan misteri . ya la bukan nya aku tau pun tentang masa depan ni ( aish masa bila aku terar cakap kedah ni) .



hahahahahahahhaha . . . . dah dekat 4 tahun lebih aku kat bumi jelapang padi ni . ha . berbalik dengan apa yang aku cuba - cuba fikirkan . erm . aku ni kadang - kadang masih berfikir . mampu ka aku bertahan untuk 30 tahun lagi dalam bidang yang amik nie ????. masa depan lagi macam na la pulak anak murid yang aku jumpa ????.

aish . banyak benda yang nak tulis tapi tak payah la . biar jadi misteri dalam hidup aku . apa pun jadi lah seperti air sungai yang sentiasa mengalir yang pun terdapat halang di hadapan nya .

sekian.
tamat riwayat 0.04



p/s : projek taman sains ngan cikgu brahim tak siap lagi... huhuhuhuhu

Sabtu, 14 April 2012

:: tup tap ::

erm .

sebenarnya tak ada apa yang perlu di tulis dalam blog aku ini . mungkin hari ini jari-jari kecil memanggil aku untuk meninjau blog yg dah lama diusangkan , berhabuk , bersepah tanpa penglihatan tuannya yang sibuk dan menyibukkan diri .

dalam tahun 2012 ini . banyak benda dah yang dah ditempuhi . baru sebulan lepas saja aku menjalani praktikum fasa 1 . kat mana ? . Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga, Padang Hang . mesti tak tau punya sekolah tu . apa lagi . minta tolong lah dari DR GOOGLE .

banyak juga lah kenangan dan ilmu yang aku dapat . hari ke hari kehidupan sebenar kian dirasai . aku bukan seorang bayi yang perlu merengek untuk mendapatkan susu . aku bukan seorang budak yang perlu meminta apa yang diperlukan . tetapi aku seorang insan yang perlu mencari apa yang perlu dipenuhi dalam kehidupan aku .

maka , jalan yang sempit perlu diperlebarkan . jala yang kecil perlu di kait untuk mendapatkan hasil yang lebih .

membina sebuah kota . bukan mudah .

Jumaat, 17 Februari 2012

:: sekadar pinggiran ::

dalam sebulan mungkin sekali aku menulis, dalam sekali itu mungkin sebaris ayat yang dapat diutarakan dari minda aku yang seakan menjemput segala idea yang seluas ilmu di dada . aku bukan seorang penulis yang baik tetapi aku tidak mahu segala yang berada diminda terus terbeku seperti ais yang terus membeku dibenua antartika . segala kemahuan untuk menulis menjadi kaku apabila aku terus membiarkan semua buah idea seperti orang yang kehilangan punca . adakah aku tidak mampu menterjemahkan semuanya . air di sungai tidak akan berhenti mengalir walau di halang oleh sebuah benteng yang besar . maka aku perlu jadi seperti air ini jika tidak mungkin aku akan sepi dari sebuah dunia kenikmatan bagi seorang manusia . sia-sia jika aku menyepikan tulisan ku ini .


Ahad, 1 Januari 2012

Tahun 2012

pergh... lma jugak la aku x update blog aku... hahahahahha

Assalamualaikum dan selamat tahun baharu 2012.... aku pon x taw la ape nk tulis nie...
ape2 pon dalam tahun baru nie ramai yang pasang cita2, impian dan tak lupe jugak azam tahun baru...

erm... azam tahun baru x lah baru bg aku tp kna ade peningkatan bgi azam 2...
taun lpas nye azam aku da capai separuh ade separuh lgi so aku bawak la ke tahun nie...

azam taun nie mudah je...
- kurangkan nikotin yang masuk dalam peparu
- tingkat prestasi... ( nak jdik cam idola sukan aku)
- tingkatkan pengetahuan..
-crik banyak2 pengalaman...

nampak cam mudah tpi susah beb.... semoga tercapai suma nie.. amin..

Jumaat, 3 Jun 2011

:: cuti,aku dan pancing ::

erm . da kat sminggu kat umah nie . lme ase nye x bukak blog nie . bnyak jugak mmber yang da nuat post bru2 nie . aku cam t'pnggil lak nk bukak blog ari nie .

time cuti skola ni aku x de laen memancing je . dapt ikan ke x itu blkang kire . yang penting aku puas dan tenang . bkan senang nk pancing ikan weh . kna sbar ckit la . lpas je blek dri maktab ari 2 trus je aku gi kdai mancing cri barang . mule2 nk bli tp x cukup budjet plak . aku pon lpak la dlu .
aku gne dlu brg mancing abg aku . hahahhahahaha . aku rembat je .

first day aku gi mancing dapt 6 ekor ( ikan x bsar pon) 2nd day dapt 8 ekor ( spesis yg sma ) 3rd day dapt 2 ekor je . pastu aku x mancing da . mungkin sambung mnggu dpan lak . dalam dok pi mancing tu aku pon dapt mengangkut segelung tali seahawk 25lb . hahahahahahaha .

gmbar??? sori aku aku x minat sngt tgkp gmbar2 nie . kalo nk tgok gmbar korg lyan mancing sekaki la dengan aku .



p/s :: mancing ikan lgi best dari mancing awek .