Jumaat, 17 Februari 2012

:: sekadar pinggiran ::

dalam sebulan mungkin sekali aku menulis, dalam sekali itu mungkin sebaris ayat yang dapat diutarakan dari minda aku yang seakan menjemput segala idea yang seluas ilmu di dada . aku bukan seorang penulis yang baik tetapi aku tidak mahu segala yang berada diminda terus terbeku seperti ais yang terus membeku dibenua antartika . segala kemahuan untuk menulis menjadi kaku apabila aku terus membiarkan semua buah idea seperti orang yang kehilangan punca . adakah aku tidak mampu menterjemahkan semuanya . air di sungai tidak akan berhenti mengalir walau di halang oleh sebuah benteng yang besar . maka aku perlu jadi seperti air ini jika tidak mungkin aku akan sepi dari sebuah dunia kenikmatan bagi seorang manusia . sia-sia jika aku menyepikan tulisan ku ini .


Tiada ulasan:

Catat Ulasan