Khamis, 19 Mei 2011

:: aku yang berlari ::

" ku lari ke hutan kemudian menyanyiku, ku lari ke pantai kemudian teriakku, sepi.... sepi dan sendiri aku benci, ingin bingar aku mau di pasar, bosan aku dengan penat, nyah saja kau pekat, seperti berjelaga aku sendiri"



kadang-kadang aku sering kali terfikir untuk berlari dari setiap masalah yang aku hadapi dalam kehidupan ku . semua yang terjadi menghimpit dada membuatkan aku sesak dan tidak rasional menghasilkan satu idea . adakah ini yang dihadapi oleh setiap orang ? . makin jauh aku lari daripada masalah makin dekat ia menghampiri ku . memang aku yang suka kan cabaran dan persaingan . tapi bukan aku yang cuba mencari masalah dalam kehidupan ini . bukan mudah untuk aku berdepan dengan masalah dunia ini .

mereka mungkin tak mngerti erti masalah yang dihadapi oleh ku . tapi aku mungkin akan mngerti masalah yang dihadapi oleh kalian . erti kata aku tidak memahami diri ku atau aku yang tidak mengerti keperluan ku . masalah duniawi dah la satu . ni pu la juga masalah untuk aku bertemu yang Maha Esa . bukan nya aku yang meminta untuk Kau yang menyelesaikan masalah ku . tapi aku adalah hamba yang bersyukur kerana setiap masalah akan mematangkan pemikiran ku .

sendirian bukan jalan ku untuk menyelesaikan masalah . tapi sendirian aku untuk menjauhkan seketika masalah yang dihadapi . mungkin untuk mendapat ketenangan seketika yang mungkin akan menenangkan jiwa . huh!! . tak mungkin aku sendirian kerana aku punya ibubapa, keluarga serta rakan2 . sendiri gila memikirkan nya . sendiri gila untuk berdepan dengan nya .



p/s :: jangan cari masalah, jangan timbul masalah, jangan buat masalah, jangan bermasalah, jauhi masalah pasti selamat .

Rabu, 18 Mei 2011

:: 127 Hours ::


nie cte pling best yg aku tgok psal outdoor pas cte "cast away"... aku pon x pnah pon dga cte nie sblom nie tp ble atoi [ member aku ] bukak je cte ni tros aku lyan smpi abes... cte nie agk logik ckit la dri cte "cast away" tu...aku rse pda yg blom lyn cte nie especially org2 yg like atau ase diri die sebgai outdoor man korg kne tgok smpi abes... tempt ngn view dlm cte nie mnarik dan m'buatkan aku truja utk pi kt sna....

cte nie mmg from true story... aku x nk cte lbey2 kang x best lak utk org2 yg x tgok lgi.... so korg kne lyan cte nie beb.... zassssssss!!!!!

p/s :: korg jgn tgok kosong je... cri maslh n pengjaran k...!!!!!!!

Selasa, 17 Mei 2011

...buat guru yang menjadi sebahagian hidupku...



16 mei setiap taun aku akan ingat dan telah aku masukkan dalam diari hatiku sebabnye sepanjg hidup menghabiskn masa di skolah... membsarkn diriku dengan ilmu yg tlah aku amik disekolah dri cikgu2 aku.... aku x penah lupa setiap wajah yang mengajarku erti dunia dan kehidupan....

::: selamat hari guru:::




Terima kasih cikgu yang mengajarku membaca
Terima kasih cikgu yang mengajarku menulis
Terima kasih cikgu yang mengajarku melukis
Terima kasih cikgu yang mengajarku mewarna
Terima kasih cikgu yang mengajarku mengira
Terima kasih guru yang mengajarku erti hidup
Terima kasih guru yang mengajarku mengenal diri

aku bersyukur ats segala pemberian yang diberikan oleh mereka sehingga aku menjadi seperti mereka... cukupkan 2 tahun akan datang aku kan jdi sperti mereka...

Terima kasih guru terawal – ibu dan ayah
Terima kasih guru tadika ( tdika kemas 1995, tbika perpaduan 1996)
Terima kasih cikgu sekolah( SRK Convent Aulong 1997-1999, SK Taiping 1999-2002, SMKA Kerian 2003-2007)
Terima kasih pensyarah ( IPG Kampus Darulaman, Kedah 2008- skrang )
Terima kasih guru sejati

Jasamu akan tetap ku kenang hingga ke akhir hayat ini~~~~

Ahad, 15 Mei 2011

kenangan yang masih dalam ingatan


gambar nie paling lme skali coz nie time form 2 la kalo tak silap... aku pon masih mude lgi...
nie kat area bukit sekolah yang aku panjat time lari dripada ustaz kalo pi semayang lambt... especially time subuh...



nie waktu kawad kaki KRS peringkat negeri Perak... aku yang kat depan sekali 2.... time nie waktu form 4 kat sekolah teknik Slim River....


selepas riadah... kalo x silap nie waktu form 3... aku yang tenggelam dalam timbunan rakan-rakan... hahahhahaha...



sebelum berbuka puasa ( tingkatan 5 2007 )

kenangan nie masih dalam ingatanku yang kekal menjadi sejarah dalam hidupku... bersama rakan-rakan seperjuangan yang membesar di SMKA Kerian selama 5 tahun dan tanpa jemu menuntu ilmu hingga ke hari nie....

andai hari ini seperti semalam...

aku telah mencari dan mencuba untuk mendapatkan kenangan yang semalam namun hari ini masih tidak ku temui... orang kata yang semalam itu telah menjadi sejarah tetapi aku masih boleh mengubah sejarah itu pada hari ini tapi semua itu takkan berlaku kerana aku tidak menemui apa yang telah berlaku semalam... hati ini sering kali berkata " andai hari ini seperti semalam" ...

penghibur hatiku kau takkan pernah mengerti apa yang terjadi semalam tetapi aku sentiasa merindui hari semalam... entah esok aku akan menemui sejarah yang telah ku tuliskan semalam.. kita manusia biasa sahaja penentunya adalah yang Maha Agung.. peluang dan harapan untuk mengecapi saat semalam adalah kehendak-Nya... kita hanya sentiasa berharap untuk mendapatkan hari semalam yang indah...

jarang sekali aku menemui orang yang mengecapi hari ini seperti hari semalamnya kerana mungkin pengalaman yang baru akan muncul pada hari ini.. pengalaman semalam cuba mendewasakan aku tetapi pengalaman hari ini telah memberikan kenangan untuk esok... hari ini dan semalam mendewasakan aku secara tidak langsung... kau atau aku yang tidak mengerti akan dewasanya aku... aku telah cuba menjadi seorang yang dewasa kerana kau yang telah mengajarku...

aku bersyukur kepada yang Maha Esa kerana nafas yang telah dipinjamkan untuk menemui kau wahai sejarah... kata-kata orang sentiasa bermain dalam pemikiran yang cetek dan jengkel ini tapi semuanya aku analisis supaya aku menjadi matang dan dewasa...

aku bersyukur kerana masih ada hari ini, esok dan semalam.... sejarah tidak akan mengecewakan kita tetapi kita yang akan mengecewakan diri kita.....